I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 16 November 2011

Kursus Peningkatan PRS Tingkatan 1, Tingkatan 2 & Tingkatan 3 2011

Pada 10 & 11 November 2011 (Khamis&Jumaat), kaunselor sekolah dan senior PRS Tingkatan 4  telah mengadakan kursus peningkatan untuk PRS Tingkatan 1- Tingkatan 3 di Dewan Penataran Ilmu dan beberapa kawasan sekolah. Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk melatih dan meningkatkan lagi kualiti kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya SMKPT. Berikut adalah gambar aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini:

Senaman pagi dan "Chicken Dance"

Permainan 'Hembusan Angin'


 Sesi Ceramah oleh Kaunselor Sekolah

Latihan Dalam Kumpulan: 

 Logo Kumpulan:


'Explorace'


Markah kumpulan:


 Pembentangan Kertas Kerja:

Majlis penutup



Thursday, 10 November 2011

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

MOTO PRS
"Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain"


ETIKA PRS

Sebagai PRS anda perlu sentiasa ingat dan patuh pada etika PRS iaitu:

1. Amanah dan Menyimpan Rahsia
2. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain
3. Memahami batasan dan keupayaan diri
4. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek
5. Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakan diri
sendiri atau orang lain
6. Merujuk kes rumuit kepada Guru Kaunseling
7. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama



PRINSIP PRS

Bersedia dan rela membantu rakan yang
memerlukan
bantuan tanpa mengira
agama, bangsa,
kedudukan, perlakuan dan fizikal



PERANAN SEBAGAI PRS

· Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling

· Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
· Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan
· Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain



FALSAFAH PRS

Sebagai PRS anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu “ Membantu Diri untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kreativiti dan keimanan.

Sejarah Penubuhan PRS Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa

Badan Pembimbing Rakan Sebaya ini ditubuhkan pada 16.04.1997. pada waktu itu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa tidakbegitu ramai . oleh itu hanya seorang sahaja guru Kaunseling di sekolah ini iaitu Pn.Mohanasundari a/p T.Shanmugan atau lebih dikenali sebagai Pn.Rajendran. Bilik Kaunseling yang pertama ditempatkan di bangunan Bilik Guru di tingkat satu yang sekarangnya dikenali sebagai Bilik SAL (Self Access Learning Room). setelah dua tahun, bilik Kaunseling telah dipindahkan ke Depan supaya guru kaunseling dapat memerhatikan pelajar dan mengeratkan hubungan antara pelajar.

Dengan sukacitanya, Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa  menerima dua orang guru Kaunseling yang menambahkan bilangan guru kaunseling menjadi tiga, iaitu Pn.Siti Khadijah bt Haji Seman dan Pn.Zunaini Bt Tahir. Walau bagaimanapun, Pn.Siti Khadijah Bt Haji Seman telah ditukarkan ke SMK Taman Setia Wangsa kerana SMKPT kekurangan pelajar.

namun begitu, Pn.Zunaini Dan Pn.Rajendran tidak berputus asa untuk meningkatkan taraf bilik dan badan kaunseling yang kini mempunyai biliknya tersendiri dan yang paling mengagumkan ialah Penubuhan Badan Pembimbing Rakan Sebaya. Pada mulanya, ahli PRS hanya memakai pakaian seragam yang biasa. Hal ini menyebabkan mereka tidak dikenali. oleh itu, pada tahun 2009 Pihak sekolah telah meluluskan permintaan Pihak Kaunseling iaitu Ahli PRS dibenarkan memakai Pakaian seragam berwarna Ungu, skirt berwarna Biru, Kasut Hitam, dan Tali Leher..