MOTO PRS
"Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain"
ETIKA PRS
Sebagai PRS anda perlu sentiasa ingat dan patuh pada etika PRS iaitu:
1. Amanah dan Menyimpan Rahsia
2. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain
3. Memahami batasan dan keupayaan diri
4. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek
5. Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakan diri
sendiri atau orang lain
6. Merujuk kes rumuit kepada Guru Kaunseling
7. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama
PRINSIP PRS
Bersedia dan rela membantu rakan yang
memerlukan
bantuan tanpa mengira
agama, bangsa,
kedudukan, perlakuan dan fizikal
PERANAN SEBAGAI PRS
· Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling
· Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
· Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan
· Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain
FALSAFAH PRS
Sebagai PRS anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu “ Membantu Diri untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kreativiti dan keimanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment