Badan Pembimbing Rakan Sebaya ini ditubuhkan pada 16.04.1997. pada waktu itu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa tidakbegitu ramai . oleh itu hanya seorang sahaja guru Kaunseling di sekolah ini iaitu Pn.Mohanasundari a/p T.Shanmugan atau lebih dikenali sebagai Pn.Rajendran. Bilik Kaunseling yang pertama ditempatkan di bangunan Bilik Guru di tingkat satu yang sekarangnya dikenali sebagai Bilik SAL (Self Access Learning Room). setelah dua tahun, bilik Kaunseling telah dipindahkan ke Depan supaya guru kaunseling dapat memerhatikan pelajar dan mengeratkan hubungan antara pelajar.
Dengan sukacitanya, Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa menerima dua orang guru Kaunseling yang menambahkan bilangan guru kaunseling menjadi tiga, iaitu Pn.Siti Khadijah bt Haji Seman dan Pn.Zunaini Bt Tahir. Walau bagaimanapun, Pn.Siti Khadijah Bt Haji Seman telah ditukarkan ke SMK Taman Setia Wangsa kerana SMKPT kekurangan pelajar.
namun begitu, Pn.Zunaini Dan Pn.Rajendran tidak berputus asa untuk meningkatkan taraf bilik dan badan kaunseling yang kini mempunyai biliknya tersendiri dan yang paling mengagumkan ialah Penubuhan Badan Pembimbing Rakan Sebaya. Pada mulanya, ahli PRS hanya memakai pakaian seragam yang biasa. Hal ini menyebabkan mereka tidak dikenali. oleh itu, pada tahun 2009 Pihak sekolah telah meluluskan permintaan Pihak Kaunseling iaitu Ahli PRS dibenarkan memakai Pakaian seragam berwarna Ungu, skirt berwarna Biru, Kasut Hitam, dan Tali Leher..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment